Tuesday, 17 July 2012

bayan pada 31hb Mac 2012


Ustaz Razif menterjemahkan bayan Maulana Tariq Jamil pada 31hb Mac 2012, beberapa hari setelah bayan dan karguzari ini di Masjid Jamek Sri Petaling. Hanya berkongsi rakaman audio, muat turun bayan penuh mp3 perlu persetujuan daripada pihak Radio Islam Nusantara.

Karguzari jemaah khuruj di Nicaragua, Amerika Selatan ‘Seluruh keluarga masuk Islam’


Karguzari (laporan) ini disampaikan dalam bayan asar Jord KL pada 17.1.2010, safar jemaah Maulana Syamim ke Malaysia.

Pembayan mengatakan;

 Usaha ini, tanggungjawab ini boleh dikatakan lebih daripada fardhu. Kita dapat lihat, bagaimana apabila seseorang manusia, dia keluar di jalan Allah Subhanahu wa Taala, maka begitu banyak perubahan berlaku dalam kehidupannya. Manusia yang dahulunya jauh daripada Allah Subhanahu wa Taala, telah kembali ke jalan yang benar.

Manusia yang mana kehidupannya dalam keadaan kucar-kacir, kelam-kabut, kehidupannya yang jauh melanggar perintah-perintah Allah Subhanahu wa Taala, maka dengan berkat dia keluar di jalan Allah Subhanahu wa Taala ini, maka kita lihat agama telah datang dalam kehidupannya. Maka dengan usaha yang kita buat ini, mengajak manusia kepada Allah Subhanahu wa Taala, berjuta-juta perintah Allah akan hidup dalam kehidupan manusia.

Sebaliknya, jika meninggalkan kerja agama ini, manusia tidak keluar di jalan Allah Subhanahu wa Taala, berjuta-juta perkara yang haram berleluasa di atas muka bumi ini. Oleh itu, untuk mengajak manusia keluar di jalan Allah Subhanahu wa Taala, supaya dia dapat usaha ke atas dirinya ini, 1 perkara yang sangat-sangat penting. 

Jika kita tidak menghantar jemaah ke negara-negara jauh yang berada di pinggir kekufuran, maka apakah akan terjadi kepada mereka. Kita lihat sekarang apabila kita hantar jemaah ke tempat-tempat seperti ini, manusia yang jauh daripada Allah Subhanahu wa Taala, mereka telah kembali kepada Allah Subhanahu wa Taala. Oleh itu, sangatlah penting hari ini supaya umat digerakkan, keluar di jalan Allah Subhanahu wa Taala. 

Jadi tuan-tuan mulia, dengan Allah Subhanahu wa Taala mengeluarkan kita di jalan Allah, betapa masa yang telah diberikan, ini menunjukkan Allah telah pilih kita untuk menjalankan 1 usaha yang sangat mulia ini. Inilah pilihan Allah Subhanahu wa Taala, yang mana apabila kita menjalankan kerja ini, maka nusrah yang Allah telah berikan kepada sahabat-sahabat Nabi Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam, yang keluar ke jalan Allah Subhanahu wa Taala, maka nusrah yang sama juga Allah Subhanahu wa Taala akan berikan kepada kita yang keluar ke jalan Allah Subhanahu wa Taala.

Dan ini tuan-tuan yang mulia, 1 kemuliaan yang Allah Subhanahu wa Taala telah berikan kepada kita, di mana apabila kita menjalankan kerja ini, Allah Subhanahu wa Taala akan berikan kepada kita ketenteraman, kebahagiaan, kemenangan dan Allah akan berikan kepada kita keselesaan dalam kehidupan dunia ini. Jadi, satu kerja yang amat mulia Allah Subhanahu wa Taala telah berikan kepada kita yang mana bila kita jalankan kerja ini, bantuan Allah, nusrah Allah yang Allah berikan kepada sahabat -sahabat Nabi,  Allah juga berikan kepada kita hari ini.

1 jemaah pergi ke Nicaragua, Selatan Latin Amerika. 1 malam, orang datang ajak jemaah itu untuk pergi ke 1 rumah. Mereka ini berbahasa Sepanyol. Di sana ada 1 orang tua yang berasal daripada negara Syria dalam keadaan nazak hampir meninggal DUNIA.

Keluarganya beritahu bahawa ayah mereka memberikan wasiat iaitu dia inginkan jenazahnya diuruskan oleh orang Islam. Maka mereka pun mencari dan dengan izin Allah Subhanahu wa Taala, mereka telah jumpa jemaah ini. Jemaah ini sempat datang ke rumahnya dan menalkinkannya untuk ucap kalimah syahadah. Dengan izin Allah Subhanahu wa Taala, dia telah mengucap kalimah syahadah sebelum dia meninggal DUNIA. Maka jemaah ini telah menguruskan jenazahnya dengan begitu baik sebagaimana yang sepatutnya, seolah-olah seperti memperkebumikan saudaranya sendiri.

Maka anak-anak orang tua ini dan isteri dia yang tidak beriman telah melihat bagaimana jemaah ini menguruskan jenazah dan seluruh keluarga ini telah memeluk agama Allah Subhanahu wa Taala.

Tuan-tuan yang mulia cubalah kita bayangkan, jika jemaah ini sampai ke tempat itu lewat dalam masa sehari, bagaimanakah kesan kerugian yang akan berlaku. Oleh itu tuan-tuan yang mulia, kita yang berada di jalan Allah Subhanahu wa Taala ini adalah sumber hidayat, di mana 1 minit berada di jalan Allah, mungkin di dalam 1 minit itu terletak berjuta-juta hidayat Allah Subhanahu wa Taala kepada manusia dan sebaliknya jika kita duduk di rumah, maka berapa ramaikah manusia akan hilang peluang untuk dapat hidayat daripada Allah Subhanahu wa Taala.

Oleh kerana itu tuan-tuan yang mulia, Allah Subhanahu wa Taala telah pilih kita di dalam usaha agama ini, ini satu tanggungjawab yang begitu berat, yang memberikan kesan begitu besar kepada manusia di atas muka bumi ini. 

Karguzari bayan ini boleh mendengarnya di 'tab bayan' atau memuat turun di bawah ini, box.net Rakan Blog.


Bayan dan Karguzari Jemaah Australia

Bayan maghrib berserta karguzari(laporan) disampaikan oleh jemaah Australia di Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling pada 4 Muharam 1429 bersamaan 13hb Januari 2008. Teks bayan ini bersumber atau ditulis oleh Azharjaafar.


Ringkasan bayan: (selepas memuji Allah dan berselawat kepada Nabi Shalla ‘Allahu Alaihi wa Sallam dan membaca 2 potong ayat Al ‘Quran)

1. Allah Subhanahu wa Taala telah pilih kita untuk lahir sebagai orang Islam. Sebelum kita lahir ke DUNIA, kita tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi muslim atau pun kafir. Semata-mata dengan sifat rahim Allah telah menjadikan kita sebagai seorang muslim. Jadi, kita kena bersyukur atas nikmat ini.

2. Allah telah menghantar kita sebagai umat Muhammad Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam dengan 1 maksud yang sangat besar iaitu sebagaimana maksud semua Nabi telah dihantar.

3. Allah Subhanahu wa Taala telah jadikan manusia mempunyai jasad dan roh. Perkara paling berharga bagi manusia (supaya jasad dan roh ini dapat dimanfaatkan) adalah masa. Seorang yang kematian isteri, boleh cari isteri yang lain. Seorang yang kematian anak, boleh dapat anak yang lain. Seorang yang rumahnya terbakar, boleh cari rumah yang lain. Seorang yang perniagaannya bankrap, boleh bina perniagaan yang lain. Tetapi seorang yang telah berlalu masanya, masa itu tidak dapat diganti semula. Masa yang berlalu akan terus pergi buat selama-lamanya.

4. Allah Subhanahu wa Taala begitu kasih kepada orang-orang beriman sehingga menjadikan sekecil-kecil perkara sebagai sebab penghapus dosa. Sehingga tercucuk duri pun Allah Subhanahu wa Taala akan hapuskan dosa dari buku catatan. Diceritakan kisah seoarng raja kafir yang zalim ketika hendak mati berhajat untuk makan sejenis makanan yang sukar didapati. Allah Subhanahu wa Taala telah perintah malaikat untuk dapatkan makanan itu untuk raja tersebut. Selepas makan, raja itu telah mati. Dalam kisah yang lain pula seorang alim yang warak ketika hendak mati telah meminta sedikit air. Apabila orang datang membawa air, Allah Subhanahu wa Taala telah perintah kepada malaikat untuk tepis cawan sehingga air tertumpah dan orang warak itu mati tanpa dapat minum air. Kedua-dua malaikat telah datang mengadap Allah dan mengadukan hal tersebut. Allah berfirman kepada kedua malaikat tersebut bahawa ketika hidup, raja yang zalim tersebut dia telah buat satu kebaikan dan Allah hendak mambalas kebaikan tersebut di DUNIA dan azab yang kekal menantinya di akhirat kerana kekafirannya. Manakala orang warak tersebut telah berbuat 1 dosa ketika hidup dan Allah Subhanahu wa Taala hendak menghapuskan dosa tersebut ketika di DUNIA dan memberikan keselamatan kepadanya di akhirat.

5. Di akhirat nanti, orang yang dalam hatinya ada iman walau sebesar zarah akan dikeluarkan juga akhirnya dari neraka. Manakala orang kafir akan kekal di dalamnya.

6. Dakwah dan iman adalah 2 perkara yang berkaitan. Adanya dakwah maka adalah iman. Jika dakwah tiada, maka iman akan keluar dari hati-hati manusia. Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam telah buat usaha dakwah selama 950 tahun siang dan malam. Kemudian baginda telah berdoa supaya jangan ditinggalkan di atas DUNIA ini walaupun 1 orang kafir. Maka Allah telah hantar banjir yang besar dan menenggelamkan semua orang kafir. Yang terselamat hanyalah Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam dan orang-orang yang beriman. Selepas kewafatan Nabi Allah Nuh Alayhis Sallam, dakwah telah terhenti. Dari keturunan orang yang beriman tadi akhirnya telah kembali kufur kepada Allah.

7. Pada kurun ke-18, orang British telah menakluki Australia dan mendapati ada 3 buah gurun yang besar di sana. Untuk menyelesaikan masalah pengangkutan mereka telah membawa 120 ekor unta untuk digunakan mengangkut barang-barang di padang pasir. Oleh kerana mereka tidak tahu mengendalikan unta, maka mereka telah membawa ramai orang-orang Islam dari benua India yang kebanyakannya berketurunan afghan. Di kalangan pekerja-pekerja ini terdapat sejumlah bilangan dari golongan ulama. Ulama-ulama ini telah membina 60 masjid dan 3 daripadanya yang berusia lebih 100 tahun masih bertahan sehingga kini. Malangnya bila usaha dakwah ditinggalkan, keturunan dari mereka ini tidak kenal Islam walaupun nama-nama mereka seperti nama-nama Islam.

8. Pada suatu masa, ada jemaah yang bergerak telah dibawa untuk jumpa 3 wanita tua dari keturunan pekerja-pekerja tersebut, yang masing-masing berumur lebih 85 tahun. Ternyata mereka tidak tahu apa-apa mengenai amalan Islam kecuali kalimah Laailaha illallah, Muhammadur Rasulullah. Bila mereka nampak jemaah memegang tasbih ditangan, mereka mengatakan bapa-bapa mereka dahulu memegang tasbih seperti kamu. Jemaah telah menghadiahkan kepada mereka tasbih tersebut dan mereka rasa sungguh gembira.

9. Laporan 1 jemaah lagi yang buat usaha di Thursday Island. Di sana, 90% penduduknya adalah dari keturunan Islam. Tetapi amalan Islam telah lenyap dari diri mereka. Jemaah telah dibawa berjumpa seorang lagi wanita tua berusia lebih 80 tahun. Bila wanita tua ini terlihat saja kepada jemaah (yang dalam keadaan berjanggut, berjubah, berserban), maka dia telah menjerit dengan mangatakan, ‘Muslim has come, muslim has come.’ Dia telah keluarkan 1 beg dari bawah katil dan tunjuk kepada jemaah peninggalan arwah bapanya berupa sejadah dan beberapa kitab selawat. Perempuan tua itu bercerita semasa umurnya 10 tahun, bapanya telah meninggal DUNIA. Sebelum itu dia sempat berwasiat, ‘You don’t be worry. Muslim will come and take Of you because muslim are always taking care Of each other.’ Perempuan tua itu menambah, ‘And I have been waiting for you (muslim) for 70 years.’

*(Pembayan telah sebak dan menangis. Juga, kami yang dengar bayan).

10. Pembayan memberi laporan bahawa beliau telah berpindah ke Australia dari Tanah Arab pada tahun 1968. Walaupun ada 80 ribu orang Islam di Melbourne tetapi hanya ada 1 masjid sahaja. Itupun dibuka 2 kali setahun untuk solat hari raya. Solat Jumaat hanya dibuat oleh 3 - 4 orang disebuah surau yang lain. Beliau ada mendengar laporan bahawa jemaah pertama dihantar ke Australia adalah pada tahun 1962. Jemaah ini hanya mampu menangis dan berdoa apabila melihat keadaan agama pada umat.

11. Jemaah seterusnya dihantar pada tahun 1973. Jemaah ini balik dan beri laporan kepada Hadraji (amir dakwah dan tabligh) bahawa orang Islam di Australia sudah tiada harapan. Hadraji tidak berputus asa dan menghantar jemaah lagi pada tahun 1974 & 1975. Pada tahun 1975 ini, 3 orang tempatan (termasuk abang pembayan) telah bersedia untuk menghidupkan amalan ziarah pintu ke pintu untuk bertemu dengan orang-orang Islam. Beberapa lama amalan ini berterusan, mereka telah bermesyuarat dan memutuskan untuk meminta kunci masjid. Kunci masjid telah diberi kepada mereka dengan senang hati dan semenjak itu masjid tersebut tidak pernah ditutup lagi sehingga ke hari ini.

12. Amal-amal masjid telah dihidupkan. Jemaah-jemaah telah dikeluarkan dan usaha telah berkembang. Alhamdulillah, sekarang telah ada lebih 80 masjid dan surau di Melbourne. Madrasah-madrasah telah wujud. Anak-anak yang dulunya belajar di madrasah sekarang telah mengajar pula. Pembayan berkata, dengan matanya sendiri dia dapat melihat apabila dakwah ditinggalkan, dari keturunan ulama akan lahir orang-orang kufar. Apabila dakwah dijalankan, dari keturunan kufar, lahirnya ulama.

13. Kerja ini bukanlah kerja main-main. Bukan kerja yang dibuat jika suka, dan ditinggal jika malas. Ini adalah kerja, tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam walaupun kita bukan Nabi. Ini adalah perintah Allah kepada kita.

14. Bila kita buat kerja ini, Allah pasti akan beri hidayat kepada manusia. Seluruh manusia sekarang sedang menanti-nanti kedatangan kita sebagai orang Islam kepada mereka (seperti kisah orang tua tadi).

15. Tashkil (ajakan untuk khuruj fisabilillah di jalan Allah).

# Semasa tashkil, pembayan menambah: "Jika seorang bapa menyuruh anaknya yang kecil terjun dari sebuah tempat tinggi dan dia akan menyambutnya; maka jika anaknya terjun, bapanya akan segera menyambut dan memeluk anaknya dengan kasih sayang dan tidak akan biarkan anaknya jatuh ke bawah. Allah Subhanahu wa Taala lebih-lebih lagi kasih kepada hambanya dan suruh kita terjun dalam usaha dakwah. Sekali-kali Allah tidak akan biarkan kita jatuh dan mendapat kesusahan. Pasti Allah Subhanahu wa Taala akan menyambut dan memeluk kita dengan rahmatNya."


Karguzari: Bayan Chile dan Argentina

Beberapa karguzari (laporan) negara jauh, Chile dan Argentina daripada pembayan, Hafiz Wajiullah semasa di Jord Zon Tengah pada 11hb Jun 2010. Bayan Urdu diterjemahkan kepada bahasa Malayu. Bayan ini boleh didengar melalui siaran Radio Islam Nusantara atau boleh memuat turun bayan ini di sidebar.


Pembayan & mutarjim (penterjemah) mengatakan:

"Tuan-tuan yang mulia, jemaah kami telah pergi ke Santiago, Chile, kami pergi ke sana, maka 250 orang pemuda dan pemudi datang kepada kami dan mereka datang untuk mengetahui tentang Islam, untuk mengetahui tentang kebenaran Nabi Muhammad Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam dan untuk mengetahui tentang kebenaran Isa Alayhis Sallam. Maka tuan-tuan yang mulia, yang membawa mereka adalah Allah Subhanahu wa Taala, dan tidak ada siapa yang pergi mengajak mereka datang, mereka sendiri datang, mereka berkata dengan harapan, "Kami akan masuk Islam."

Tuan-tuan yang mulia, jemaah kami pergi ke Argentina, seorang pemuda telah menemui kami. Dia mengatakan keinginannya untuk memeluk agama Islam. Kami khuatir, mungkin yang datang ini adalah daripada penyiasat atau orang-orang yang nak menguji kami. Jadi kami memikirkan lebih baik sekiranya dia datang pada hari Ahad kerana pada hari Ahad itu, ramai kawan-kawan kami bercuti dan dia boleh diIslamkan di depan kawan-kawan yang lain. Dia tidak datang pada hari Ahad bahkan dia datang pada hari Isnin.

Setelah dia datang pada hari Isnin, dia beritahu kepada jemaah, "Adakah untuk masuk Islam perlu pada hari ahad? Jika seandainya saya mati sebelum hari Ahad, di hari Kiamat nanti saya akan beritahu kepada Tuhan, "Wahai Allah, sesungguhnya saya telah datang untuk memeluk agama Islam, tetapi mereka telah menangguhkan saya, untuk lewatkan saya masuk Islam." Maka saya dengar apa kata pemuda tadi, terus saya mandikan dia dan masukkan dia kepada agama Islam.

Jadi tuan-tuan yang mulia. Di seluruh DUNIA, hati sudah lembut untuk masuk Islam. Hati sudah bersedia dan lembut untuk masuk Islam. Tuan-tuan yang mulia, sekiranya kita hari ini bangun dengan usaha dakwah, dengan meninggalkan keluarga kita, meninggalkan anak isteri kita,  meninggalkan urusan-urusan pekerjaan kita, kita pergi ke seluruh DUNIA dan kita dakwahkan kepada kalimah tauhid, dakwah kepada Allah yang Maha Esa, pasti dan pasti seluruh DUNIA akan datang kepada iman.

Tuan-tuan yang mulia, oleh kerana kita tidak buat kerja dakwah, kita telah tinggalkan kerja agama, yakin kita dengan yakin orang kafir sama sahaja? Sepertimana yakin orang kafir dengan hartalah . . . kita boleh bina kehidupan kita, kita boleh selamat, begitulah orang-orang Islam pun berkata sedemikian, dengan hartalah kita boleh buat segala-galanya. Nampaknya, keyakinan yang rosak ini tuan-tuan yang mulia kerana kita orang Islam telah meninggalkan kerja asal orang Islam. Oleh itu tuan-tuan yang mulia, sangat perlu kita semua bangun dan pergi ke seluruh DUNIA, pelusuk DUNIA, untuk menyampaikan dakwah tauhid ini kepada manusia.

Tuan-tuan yang mulia, sekiranya orang Islam hari ini bangun untuk buat kerja agama, kerja dakwah, maka Allah Subhanahu wa Taala akan kembalikan suasana agama, suasana orang masuk Islam sepertimana di zaman Baginda Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam. Sepertimana yang beliau (pembayan) membacakan firman Allah sebentar tadi, apabila datangnya bantuan Allah Subhanahu wa Taala, kamu akan lihat manusia akan datang dan masuk Islam berbondong-bondong. Bahkan tuan-tuan yang mulia, kita kena bangun untuk buat usaha dakwah ini. Katanya, bumi/hati-hati manusia sudah lembut untuk menerima Islam.

Sewaktu jemaahnya berada di Argentina, kami pergi ke satu kampung, kampung yang jauh dan di sana kami lihat, ada orang islam 360 orang atau pun 370 orang Islam kesemuanya, masyaAllah, mereka mengikuti sunnah dan berserban. Kami bertanya, "Bagaimana kamu memeluk agama Islam?" Dia menjawab, "Ada 2 orang syeikh daripada Cyprus telah datang dan ajak kami kepada Islam." Maka tuan-tuan yang mulia, begitulah bumi/hati -hati manusia sudah lembut, kita kena bangun dan bergerak.

Dia (pembayan) berkata, seorang wanita telah datang dan masuk Islam. Apabila dekat waktu malam, kami beritahu kepadanya, kamu pergilah daripada sini. (baca: ahli-ahli jemaah kesemuanya adalah lelaki). Maka dia enggan dan dia pun tidak bersedia meninggalkan jemaah. Akhirnya, kami telah panggil orang Islam di sana dan meminta dia difahamkan supaya meninggalkan jemaah. Maka wanita tadi menangis dan berkata, "Wahai orang Islam, mana saya nak pergi? saya telah terima Islam." Saya beritahu kepadanya bahawa kamu pergilah ke mana-mana, kamu cari seorang lelaki Islam dan kahwinlah dengannya untuk selamatkan Islam kamu.

Maka itu tuan-tuan yang mulia, begitulah keadaan dunia hari ini, di seluruh DUNIA memang sudah bersedia untuk datang kepada Islam, memeluk agama Islam. Tetapi tuan-tuan yang mulia, bukan masalah orang kafir masuk Islam, bukan masalah orang Amerika masuk Islam, bukan masalah orang Kanada masuk Islam, bukan masalah orang South Africa masuk Islam, masalah yang sebenarnya, kita orang Islam kena menjadi benar-benar orang Islam, kita orang Islam supaya mempunyai akidah dan keyakinan yang betul, kehidupan orang Islam dapat meniru kehidupan Nabi Muhammad Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam, kehidupan orang Islam dapat mengikuti kehidupan Nabi Muhammad Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam. Tuan-tuan yang mulia, inilah masalah yang sebenarnya. Apabila kita orang Islam bangun buat usaha dakwah, Allah Taala akan secaraAmnya mengumumkan hidayat kepada seluruh manusia di DUNIA."

Seterusnya pembayan menyatakan beberapa dalil Quran berkenaan kewajiban dan betapa pentingnya menjalankan kerja dakwah.



Hadith ‘Muntakhab Ahadith & Riyadhus Shalihin’

IbraniKing: Sebahagian besar hadits diambil daripada terjemahan kitab Muntakhab Ahadith karangan Maulana Muhammad Yusuf Kandhlawi dan sedikit hadits daripada terjemahan kitab Riyadhus Salihin, Imam Nawawi. Sekurang-kurangnya 295 hadits akan dipaparkan secara rawak; mengandungi hadits-hadits berkenaan iman, sembahyang fardhu, ilmu, kelebihan Al 'Qur'an, kelebihan zikir, doa, akhlak, ikhlas, dakwah dan lain-lain hadis fadhilat (kelebihan).

Dari Abu Firas rahmatullah ‘Alaih (seorang dari Kabilah Aslam) telah berkata: seorang telah berseru dan bertanya: ya Rasulullah! Apa itu iman? Nabi Shalla ‘Allahu Alaihi wa Sallam, bersabda: Iman itu ialah ikhlas. (HR Baihaqi)

Dari Abu Darda Radhiya'Allahu Anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah Shalla ‘Allahu Alaihi wa Sallam, bersabda: Besarkanlah Allah Subhanahu wa Taala dalam hati kamu nescaya kamu akan diampuniNya. (HR Ahmad)

Dari Ibnu ‘Abbas RadhiyaAllahu Anhuma, katanya: Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam, bersabda: Ada 2 macam kenikmatan yang keduanya itu disia-siakan oleh sebagian besar manusia iaitu kesihatan dan kelapangan waktu. (Riwayat Bukhari)

Dari Abu Umamah Radhiya'Allahu Anhu menukilkan sabdaan Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam; Bersedekah secara sembunyi memadamkan kemurkaan Allah Subhanahu wa Taala. (HR Tabrani, Majma uz Zawaid)

Dari Irbadh bin Sariah Radhiya'Allahu Anhu berkata aku mendengar Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Sesungguhnya aku ialah hamba Allah dan Nabi yang terakhir. (HR Mustadrak Hakim)

Dari Sa’ad Radhiya'Allahu Anhu menceritakan bahawa beliau telah mendengar Nabi Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam  bersabda: Allah Subhanahu wa Taala menyukai hamba-hamba yang bertakwa, yang tidak berharap kepada makhluk dan tidak terkenal. (HR Muslim)

Dari Abdullah bin Umar Radhiya'Allahu Anhuma meriwayatkan bahawa Nabi Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah akan menunaikan segala hajatnya. (HR Abu Daud)

Dari Ibnu Umar Radhiya'Allahu Anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam, bersabda: Jangan menyakiti orang-orang Islam, jangan mencela mereka dan jangan mencari keburukan mereka. (HR Ibnu Hibban)

Dari Abu Hurairah Radhiya'Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: Barangsiapa yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Taala dan hari akhirat, maka hendaklah dia mengatakan kebaikan atau diam. (HR Bukhari)

Dari Abu Darda Radhiya'Allahu Anhu meriwayatkan, Rasulullah Shalla ‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Allah telah menetapkan 5 perkara bagi setiap hambaNya; Ajalnya dan rezekinya, umurnya, untung nasib buruk dan nasib baiknya. (HR Ahmad)

Dari Jabir bin Abdullah Radhiya'Allahu Anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah. (HR Tirmizi)

Dari Uthman ibn Affan Radhiya'Allahu Anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah Shalla ‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: yang terbaik diantara kamu adalah orang yang belajar Al 'Quran dan mengajarkannya. (HR Tirmizi)

Dari Abu Bakar Siddiq Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam, bersabda: Tidak akan masuk syurga seorang penipu, bakhil dan orang yang mengungkit-ungkit pemberian. (HR Tirmizi)

Dari Jabir Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Barangsiapa luput daripadanya sifat lemah lembut dia adalah luput dari (segala) kebaikan. (HR Muslim)

Dari Abu Hurairah Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam, bersabda: Ditutupilah neraka dengan berbagai kesyahwatan - keinginan - dan ditutupilah syurga itu dengan berbagai hal yang tidak disenangi. (Muttafaq ‘alaih)

Dari Abdullah Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah Shalla ‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Orang yang terlebih dahulu memberi salam akan terhindar dari sifat Takabbur. (HR Baihaqi)

Dari Anas Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu sebagaimana kamu mencintai diri kamu sendiri. (HR Bukhari)

Dari Harithah bin Nukman Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Memberi sesuatu dengan tangannya kepada orang miskin, menghindarkan daripada kematian yang buruk. (HR Tabrani, Baihaqi)

Dari Jabir bin Abdullah Radhiya‘Allahu Anhu ma meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Memberi makan kepada orang Islam yang lapar adalah diantara amal yang wajib mendapat pengampunan. (HR Baihaqi)

Dari Aishah Radhiya‘Allahu Anha meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah Shalla ‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Sesungguhnya orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bertengkar. (HR Muslim)

Dari Umar ibn Al Khattab Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan; Aku mendengar Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Taala sangat menyukai sembahyang secara berjemaah. (HR Musnad Ahmad)

Dari Abdullah Radhiya‘Allahu Anhu berkata bahawa aku melihat Rasulullah Shalla ‘Allahu Alaihi wa Sallam mengerjakan sembahyang, dan terdengar dari dadanya suara seperti putaran batu gilingan kerana tangisannya. (HR Abu Daud)

Dari Ummi Farwah Radhiya‘Allahu Anha berkata; Rasulullah Shalla ‘Allahu Alaihi wa Sallam telah ditanya oleh seseorang, apakah amalan yang terafdhal? Baginda menjawab: Sembahyang di awal waktu. (HR Abu Daud)

Dari Abu Hurairah Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Dunia ialah penjara bagi orang-orang mukmin dan syurga bagi orang-orang kafir. (HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Barangsiapa meninggalkan sembahyang dia akan bertemu Allah dalam keadaan Allah sangat murka kepadanya. (HR Bazzar, Tabrani)

Dari Ali Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi. (HR Hakim)

Dari Ibnu Abbas Radhiya‘Allahu Anhuma meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam: Seorang alim lebih ditakuti oleh syaitan daripada seribu orang abid. (HR Tirmizi)

Dari Abu Umamah Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Pergi ke masjid di waktu pagi dan petang adalah sebagai Jihad di Jalan Allah. (HR Tabrani) 

Dari Ibn Umar Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Barangsiapa berwudhuk walaupun dia masih suci (memperbaharui wudhuk), dia akan mendapat 10 kebaikan. (HR Abu Daud)

Dari Abu Said Al-Khudri Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Barangsiapa mencintai masjid dia akan dicintai oleh Allah. (HR Tabrani)

Dari Abu Hurairah Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Tiada sesuatu yang lebih mulia disisi Allah selain daripada doa. (HR Tirmizi)

Dari Abdullah bin Mas’ud Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Nabi Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Barangsiapa yang memiliki sebahagian yang kecil sombong dalam hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga. (HR Muslim)

Dari Anas bin Malik Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: Selama mana seseorang hamba itu tidak menjaga lidahnya, dia tidak dapat mencapai hakikat iman. (HR Tabrani)

Dari Anas Radhiya‘Allahu Anhu berkata bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: Sepagi atau sepetang di jalan Allah Subhanahu wa Taala adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya. (Mirqat)

Dari Abu Hurairah Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: Tidak akan memasuki syurga bagi orang yang tidak memelihara jirannya dari kejahatannya. (HR Muslim)

Dari Abu Hurairah Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah. (HR Tirmizi)

Dari Uthman bin ‘Affan Radhiya‘Allahu Anhu berkata bahawa aku telah mendengar Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: Sehari di jalan Allah Subhanahu wa Taala lebih baik dari seribu hari yang lain. (HR Nasa’i)

Dari Anas Radhiya‘Allahu Anhu berkata bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: Sepagi atau sepetang di jalan Allah Subhanahu wa Taala adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya. (Mirqat)

Daripada Ibnu Mas’ud Radhiya‘Allahu Anhu berkata: Demi Allah, di muka bumi ini tiada sesuatu yang memerlukan sujud lebih lama melainkan lidah. (at-Targhib, al-Mundziri)

Dari Abu Hurairah Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Orang yang paling banyak mendapat manfaat daripada syafaatku pada hari kiamat nanti ialah seorang yang mengucapkan kalimah La ilaha illallah dengan ikhlas di dalam hatinya. (HR Bukhari)

Dari Abu Hurairah Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: Seorang hamba tanpa berfikir panjang mengatakan 1 perkara yang kerananya dia akan terhumban ke neraka Jahanam lebih jauh dari jarak bumi dan langit. (HR Muslim)

Dari Hasan Radhiya‘Allahu Anhu berkata telah sampai kepada kami 1 hadith bahawa Rasulullah Shalla ‘Allahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: Moga-moga Allah merahmati seorang hamba yang baik lalu memperoleh keuntungan di dunia dan di akhirat, atau berdiam diri dan terselamat dari salah silap lidah. (HR Baihaqi)

Dari Abu Hurairah Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: Keelokkan dan kesempurnaan seseorang ialah bahawa dia yang meninggalkan perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (HR Tirmizi) 

Dari Abdullah bin Amir Ibn As Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Sesungguhnya Iman akan menjadi lusuh dan buruk didalam hati kamu sebagaimana pakaian akan menjadi buruk apabila dipakai. Oleh itu mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman dalam hati-hati kamu. (HR Hakim)

Dari Hind bin Abi Halab Radhiya‘Allahu Anhu ketika menceritakan peribadi Nabi Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam berkata bahawa Rasulullah Shalla ‘Allahu Alaihi wa Sallam; (kerana umatnya) berterusan bersedih dan sentiasa berfikir, tidak langsung berasa tenang bila-bila masa pun. Baginda selalu diam dan tidak akan berbicara jika tidak perlu. (HR Tirmizi)

Dari ‘Amr bin Abasah Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa dia bertanya iman apakah yang lebih afdhal? Baginda Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam menjawab: Iman yang mana disertai dengan hijrah. Beliau bertanya: Apakah hijrah itu? Baginda Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam menjawab: Hijrah daripada meninggalkan kejahatan. (HR Musnad Ahmad)

Dari Abu Hurairah Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Nabi Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Barangsiapa yang hendak merasai kenikmatan iman, maka hendaklah dia mencintai orang Islam yang lain, semata-mata kerana Allah. (HR Musnad Ahmad, Bazzar dan Majma uz Zawaid)

Dari Abu Hurairah Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa aku telah mendengar Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: Berdiri sejenak di jalan Allah Subhanahu wa Taala adalah lebih baik dari beribadat pada malam lailatul Qadar di hadapan Hajar Aswad. (HR Ibn Hibban)

Dari Abu Darda Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Tiada siang dan malam kecuali Allah mengurniakan kepada hambaNya KeEhsananNya dan sedeqah. Dan tiada keehsanan yang lebih baik daripada berzikir kepadaNya. (HR Tabrani)

Dari Abdullah bin Umar Radhiya‘Allahu Anhu berkata; telah bersabda Rasulullah Shalla ‘Allahu Alaihi wa Sallam: Sembahlah Ar-Rahman, berilah makan dan sebarkanlah salam dan (melalui amalan-amalan ini) kamu akan memasuki syurga dengan kesejahteraan. (HR Tirmizi)

Dari Abu Umamah Al-Bahiliy Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Nabi Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Dari amalan-amalan; Allah Subhanahu wa Taala hanya akan menerima amalan-amalan yang dilkukan ikhlas semata-mata untukNya dan yang bertujuan untuk mendapatkan redhaNya sahaja. (HR Nasa’i)

Dari Abu Hurairah Radhiya‘Allahu Anhu berkata bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam telah dipinta untuk mendoakan keburukan kepada orang-orang Musyrik. Maka Baginda Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: Aku tidak diutus sebagai seorang pelaknat, aku diutus hanya sebagai rahmat. (HR Muslim)

Hazrat Anas Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Nabi Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Hanyasanya perkara-perkara yang membinasakan ialah sifat kikir yang dituruti, hawa nafsu yang dilayani dan orang yang menganggap dirinya baik. (HR Bazzar, Baihaqi, Targhib)

Dari Anas bin Malik Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla ‘Allahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: Barang siapa yang keluar dijalan Allah Subhanahu wa Taala walau untuk 1 petang, maka sebanyak mana debu yang melekat padanya, dia akan diberi kasturi sebanyak itu dihari kiamat nanti. (HR Ibnu Majah)

Dari Jabir Radhiya‘Allahu Anhu berkata bahawa para sahabat telah berkata: ya Rasulullah! Anak-anak panah khabilah Thaqif telah memusnahkan kita, Tuan doakan keburukan terhadap mereka. Baginda Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Ya Allah! Berilah hidayah kepada kabilah Thaqif! (HR Tirmizi)

Dari Abu Hurairah Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa baginda rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Alllah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari Kiamat. (HR Ibn Hibban)

Dari Abdullah bin Umar Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Tiada satu tegukan yang ditelan oleh seorang hamba yang disukai oleh Allah daripada satu tegukan marah. Dia menelan kemarahan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. (HR Ahmad)

Dari Abu Hurairah Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa baginda rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Seorang yang kuat itu bukanlah orang yang dapat membalas (pukulan lawannya) tetapi seorang yang kuat itu ialah dia yang dapat mengawal diri dan perasaannya dengan baik ketika marah. (HR Bukhari)

Hazrat Abdullah bin Qais Al Khuza’i Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Barangsiapa berdiri dengan penuh perasaan riak dan sum’ah (suka dipuji-puji), dia sentiasa di dalam kemurkaan Allah Subhanahu wa Taala sehingga dia duduk (dan meninggalkan niatnya itu). (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Jabir Radhiya‘Allahu Anhu berkata: Aku mendengar baginda Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Syaitan merasa kecewa kerana tidak dapat menukar akidah orang-orang semenanjung Arab tetapi tidak merasa kecewa untuk menyebarkan fitnah, perbalahan dan perpecahan dikalangan mereka. (HR Muslim)

Dari Anas Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Nabi Shalla ‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Barangsiapa yang menunjuk sesuatau kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan satu kebaikan, dan Allah menyukai orang yang menolong seseorang dalam kesukaran.  (HR Bazzar dan Targhib)

Dari Ibnu ‘Abbas Radhiya‘Allahu Anhu berkata bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: Bukanlah dari kalangan pengikut kami, yang tidak berkasih sayang kepada yang kecil dikalangan kami, yang tidak menghormati yang tua dikalangan kami, yang tidak menyuruh akan kebaikan, yang tidak melarang dari kejahatan. (HR Tirmizi)

Dari Abu Hurairah Radhiya‘Allahu Anhu berkata bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: Barang siapa yang datang berjumpa Allah Subhanahu wa Taala dalam keadaan tubuh badannya tidak mempunyai langsung tanda berjihad, maka dia akan bertemu Allah Subhanahu wa Taala dalam keadaan dirinya yakni agamanya ada cacat cela. (HR Abu Daud)

Dari Abdullah Ibnu Mas’ud Radhiya‘Allahu Anhu telah berkata bahawa ada seorang telah bertanya kepada Rasulullah Shalla ‘Allahu Alaihi wa Sallam: Apakah amalan yang paling afdhal? Baginda Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam telah menjawab: Menunaikan sembahyang pada waktunya, berbakti kepada kedua ibubapa dan berjihad di jalan Allah Subhanahu wa Taala. (HR Bukhari)

Dari Abu Umamah Al-Bahiliy Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah naka Allah akan meletakkan diantaranya dan neraka satu pemidang yang besarnya adalah jarak diantara bumi dan langit. (HR Tirmizi)

Dari Uthman bin Affan Radhiya‘Allahu Anhu berkata bahawa akau mendengar Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Berkawal satu malam di jalan Allah Subhanahu wa Taala adalah lebih baik dari seribu malam yang dihabiskan waktu malam itu dengan berdiri beribadat dan siangnya dihabisi dengan berpuasa. (HR Musnad Ahmad)

Dari Abu Hurairah Radhiya‘Allahu Anhu katanya, bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Perbaharuilah iman kamu. Para Sahabat bertanya; Wahai Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Perbanyakkanlah mengucap kalimah La ilaha illallah. (HR Ahmad, Tabrani dan at-Targhib)

Dari Abu Umamah Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla ‘Allahu Alaihi wa Sallam Anhu bersabda: Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, dan membenci kerana Allah Subhanahu wa Taala, memberi kerana Allah Subhanahu wa Taala dan menarik pemberian juga kerana Allah Subhanahu wa Taala, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan imannya. (HR Abu Daud)

Dari Anas bin Malik Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Sangat beruntung sekali orang yang beriman kepadaku dan pernah melihatku (sekali). Sungguh beruntung sekali orang yang beriman kepadaku dan belum pernah melihatku (sehingga tujuh kali). (HR Ahmad)

Dari Arfajah bin Syurah Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: Tangan Allah di atas jemaah. Yakni pertolongan Allah yang khusus adalah bersama jemaah. Kerana ini, sesiapa yang berpisah dari jemaah, maka syaitan bersamanya dan sentiasa cuba menyesatkannya. (HR Nasa’i)

Dari Anas Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: Bermudah-mudahlah dengan orang ramai, dan jangan menyusah-nyusahkan mereka. Berilah berita-berita gembira dan jangan datangkan rasa benci. (HR Bukhari)

Dari Fadholah bin Ubaid Radhiya‘Allahu Anhu berkata bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: Amalan yang paling menghampirkan seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Taala ialah jihad di jalan Allah. Dalam perkara penghampiran diri kepada Allah Subhanahu wa Taala tidak ada satu amalan pun yang hampir menyamai jihad. (HR Bukhari)

Dari Abu Hurairah Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Orang yang sentiasa berulang-alik ke masjid di dalam kegelapan malam mereka itulah orang yang hati sanubarinya tenggelam di dalam rahmat Allah. (HR Ibn Majah)

Dari Buraidah Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Berilah berita gembira kepada mereka yang pergi ke masjid selalu di waktu gelap gelita dengan cahaya yang sempurna pada hari Hisab nanti. (HR Abu Daud)

Dari Abu Hurairah Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Aku mahu untuk menyuruh beberapa orang pemuda mengumpulkan seberkas kayu-kayu api dan pergi ke rumah orang-orang yang bersembahyang di rumah masing-masing tanpa uzur syarie dan membakarnya. (HR Abu Daud)

Dari Abu Hurairah Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Barangsiapa yang memenuhkan saf-saf, Allah Subhanahu wa Taala akan meninggikan darjatnya dan Para malaikat akan meliputi mereka dengan rahmat dan kebaikan. (HR Tabrani, Targhib) 

Dari Aisyah Radhiya‘Allahu Anha meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Allah Taala menurunkan rahmat ke atas orang-orang yang memenuhkan saf-saf yang kosong dan para malaikat memohon keampunan untuknya. (HR Mustadrak Hakim)

Dari Ali Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Wahai ahli-ahli Al-Quran! Bersembahyang witirlah kamu, kerana sesungguhnya Allah itu witir dan menyukai orang-orang yang sembahyang witir. (HR Abu Daud)

Dari Naufal bin Mu’awiyah Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Barangsiapa terluput sembahyangnya adalah seumpama dia kehilangan ahli keluarganya, hartanya dan segala kekayaannya. (HR Ibn Hibban)

Dari Abu Hurairah Radhiya‘Allahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Jikalau manusia mengetahui apa ganjaran azan dan berada di saf yang pertama dan tidak ada jalan lain untuk memperolehi azan dan di saf yang pertama kecuali dengan cara mengundi, nescaya mereka berundi. (HR Bukhari)

Dari Abu Zar Radhiya‘Allahu Anhu berkata; Saya mendengar Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Barangsiapa yang ruku’ dengan sekali ruku’ dan sujud dengan sekali sujud, maka akan diangkatkan darjatnya 1 darjat dan akan diampunkan 1 dosanya. (HR Musnad Ahmad, Bazzar, Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Dari Abdullah bin Umar Radhiya‘Allahu Anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalla‘Allahu Alaihi wa Sallam bersabda: Selain dari mengingati Allah Subhanahu wa Taala, janganlah banyak bercakap, kerana itu punca kerasnya (dan matinya) hati, dan diantara manusia, manusia yang paling jauh dari Allah Subhanahu wa Taala ialah dia yang keras hatinya. (HR Tirmizi)

Insya‘Allah bersambung . . .

No comments:

Post a Comment